Islam itu agama yang indah, Islam itu unggul! Mengapa? Sebab Islam membahagiakan! Orang-orang beriman sentiasa bahagia..Hatinya sentiasa tenang dengan Islam..Benarlah Islam itu unggul..Satu-satunya agama yang diredhai Allah swt..
Mengapa Islam membahagiakan?
Sebabnya, konsepnya begini;
“Tiada Tuhan yang berhak untuk disembah kecuali Allah swt”
Maknanya, tiada apa-apa yang jadi tumpuan kita melainkan Allah swt, setiap perkataan dan perbuatan semuanya kerana Allah swt semata..Pusat pemfokusan kita ialah Allah swt. Bagaikan anak panah meluncur laju menuju satu titik tengah yang begitu mahal nilainya..Perlukan fokus yang nyata..
Bila seseorang itu telah memusatkan segala hidupnya kerana Allah swt, hatinya akan jadi tenang…Ini bukan main-main, ini betul-betul! Cuba perhatikan:
Seorang beriman itu takkan rasa kecewa, takkan rasa terhina, takkan timbulnya dengki bila melihatkan seorang yang kaya raya, hidupnya mewah, keretanya besar, motornya pun besar, dan segala2nya mewah kerna dia tahu semua itu milik Allah swt, rezeki itu daripada Allah swt..Sesungguhnya hidupnya itu ujian..Segala kebaikan itu datangnya daripada Allah swt..Dia juga beriman dengan firman Allah swt dalam surah Al-Fajr ayat 15-16:
“Maka adapun manusia, apabila tuhan mengujinya lalu memuliakannya dan memberi kesenangan, maka dia berkata “Tuhanku telah memuliakanku”. Namun apabila Tuhan mengujinya lalu membatasi rezekinya maka dia berkata “Tuhan telah menghinaku”
Ayat ini memberi pengertian bahawa Allah menyalahkan orang yang mengatakan bahawa kekayaan itu adalah suatu kemuliaan, dan kemiskinan adalah suatu kehinaan. Tetapi sebenarnya kekayaan dan kemiskinan itu adalah ujian Allah kepada hamba-hambaNya..
Hatinya menemui kebahagiaan dan ketenangan walaupun kekurangan harta coz hanya mardhatillah yang dia cita-citakan…
Samalah juga orang beriman takkan kecewa bila dia menemui kegagalan setelah penat berusaha, sebab dia tahu semuanya itu ada hikmah di sebaliknya, dan dia takkan berputus asa untuk terus berusaha..Sebabnya dari awal2 lagi dia buat sesuatu itu kerana Allah swt, tak kiralah hasilnya macam mana, asalkan niat dan caranya syarak, maka dia yakin dengan keredhaanNya..Sebab hanya keredhaan Allah yang dia mahukan…Bukannya hasil lumayan di mata dunia yang nafsu inginkan…Walaupun gagal, hatinya masih tenang dan bahagia coz dia tahu tujuannya hanya Allah swt..
Orang beriman takkan meratapi kehilangan sebab dia tahu segala yang dimiliki hanyalah bersifat sementara, sebab apa yang dimiliki hakikatnya milik Allah swt, bukannya miliknya…Masih lagi bahagia dan tenang milik hatinya…
Orang beriman tetap akan bahagia dan tenang andai ditimpa musibah coz dia tahu Allah mahu mengujinya, jalan yang lurus jadi pilihannya coz hanya itu akan menemui kebahagiaan sama ada di dunia dan akhirat…Dia percaya hidup ini perlukan mujahadah, iaitu perjuangan, perlukan usaha untuk mendapatkan suatu yang baik, yang tinggi nilainya…Setiap ujian merupakan jalan untuk dia meningkatkan dirinya, meningkatkan ketaqwaannya kepada Allah, lagi hanya kerana redha Allah yang dicari…Masih bahagia dan tenang…
Orang beriman akan sentiasa berjuang untuk mendekatkan diri kepada Allah swt, untuk memperolehi redha Allah, bukannya redha manusia yang dia inginkan…Alangkah bahagianya hatinya coz hidupnya hanya kerana Allah swt, tiada sangkutan dengan manusia, berbuat baik bukannya kerana manusia, tapi kerana Allah, menderma pun kerana Allah, bukannya untuk menunjuk2, kesannya dia takkan menemui kekecewaan andai dirinya tidak dihargai manusia coz hanya redha Allah swt yang dia dambakan…Lagi bahagia dan tenang…
Orang beriman akan berjuang dalam gerakan Islam kerana Allah semata2 bukannya kerana pangkat, bukannya kerana nama..Masih jugak bahagia dan tenang andai dirinya tidak diberi penghormatan tinggi atau diberi pangkat coz hanya Allah dia mahukan…
Dengan kata lain, seluruh hidupnya hanyalah untuk Allah semata, bukan kerana manusia, bukan kerana pangkat, bukan kerana harta, bukan kerana glamour…Bukankah orang itu akan bahagia dan tenang? Hatinya terlalu sibuk untuk mencari redha Allah, habuan mata dunia sedikit pun dia tidak hairan…Subhanallah bahagianya orang2 beriman…
Mengapa orang2 beriman mencari redha Allah???
SEBAB dia beriman bahawa wujudnya alam lain setelah dunia, iaitu alam akhirat, dan alam ini ialah hari pembalasan segala perbuatan manusia, dia betul2 gerun dengan azab Allah swt kepada hamba yang derhaka..Hanya dengan redha dan rahmat Allah dia akan terselamat daripada azab api neraka, dan akan memperoleh nikmat bahagia di syurga...Dia begitu rindu ingin bertemu dengan Allah, pencipta sekalian alam...
Alangkah bahagianya orang2 yang beriman…Mahukah kita bahagia? Jika itu yang dicari, hanya memusatkan pemfokusan kepada Allah swt dengan niat yang begitu power insyaAllah bahagia akan menemui kita…Namun, perjuangan mesti bermula dan mesti diteruskan tanpa dihentikan…Perjuangan dalam mencari kebenaran! Bagaimana mencari kebenaran? Cuba2 lah dekatkan diri dengan majlis agama, dalami Islam, bergaul dengan orang2 soleh, mohon kepada Allah agar ditunjukkan yang baik itu, baik dan dikurniakan kekuatan untuk mengikutnya, dan ditunjukkan yang batil itu, batil dan dikurniakan kekuatan untuk menjauhinya…Wallahua’lam..Moga Allah sentiasa melindungi kita dan melimpahkan rahmatNya, amin…
No comments:
Post a Comment