Sunday, August 2, 2009

Bagaimana harus aku mulakan??

Ya Allah…Susahnya..Cmne nak mulakan assignment ni? Puas diperah otak ni, ideanya sikit2 timbul tenggelam..Ah..terbatas..Namun, otak ni la membezakan antara aku, iaitu manusia dan haiwan yang tak punya akal..Setiap ciptaan Allah itu menunjukkan tanda2 btapa berkuasanya Allah..Dan buat manusia untuk berpikir, merenung di sebalik ciptaan yang maha agung ini…

Bersyukurkah aku? Adakah setiap tingkah lakuku menunjukkan aku seorang hamba yang bersyukur dengan setiap kurniaannNya?? Koreksi diri, nilailah diri, usaha ubahkan diri, tingkatkan iman dalam diri, sucikan hati, menuju jati diri islami, agar sedarlah diri, bahawa tak lama nanti aku akan mati, akan tersemadi dikuburi, tanpa kusedari, tanpa kuketahui..

Kemampuan terbatas bukannya masalah! Di keterbatasan itu kita mampu mendahsyatkan diri untuk menjadi insan yg berprestasi tinggi, seorang pahlawan sejati! Kata-kata yg kupetik daripada sebuah buku, Zero to Hero, penulisnya saudara Solikhin Abu Izzudin, Indonesian…

Kurenung, kupikir..Emm..Betul dan betul kata2 yg dilontarkan oleh saudara Solikihin tu…Berapa ramai yg awl2nya gagal, namun pengakhirannya mereka berjaya dengan dahsyatnya? Setakat asgmnt aku ni, xdela susah sangat kot nak dibandingkan dengan penciptaan sebuah aeroplane atau sebuah kapal layar berenjin tinggi…Bayangkan besi boleh terbang, kayu atau plastik boleh meluncur tenang di permukaan lautan…pastinya idea menciptanya dahsyat, bukannya berkarat, bukan setakat-setakat, bukan sekerat, bahkan hebat! yg pasti datangnya idea dek otak kurniaan Allah swt…Wah..Sampai mcm tu skali hebatnya otak!

Tapi aku harus ingat, untuk mencapai apa yg hebat, aku mesti berusaha..Pereka cipta tu, bukannya dapat hasilkan aeroplane dalam masa sehari, sebulan, setahun, malah bertahun kajiannya, untuk pastikan ianya betul2 selamat digunakan, betul2 berjaya dilaksanakan…So, aku mesti sabar, jgn mengeluh, jumpa lecturer ke, jumaat ari tu nak jumpa dh, tp Dr Azam xde kt bilik la plak,huhu..Itulah, manusia hny merancang, tp Allah maha Merancang..Library aku mesti kunjungi selalu, kenala sayangkan library,hehehe..tempat pencurah ilmu, lokasi penemuan buku-buku…Kalau dulu, time undergrad, xdenya aku nak p library, melainkan terpaksa, tu pun last2 minute bile nk wat asgmnt..Pemalas btul..Skang ni, kenala bertindak mengikut tempat yg aku berada, berada di landasan yg mesti org dlm keadaan aku mesti lakukan, kalu tak, nanti lain jadiknya, ketinggalan, pastu merana di pengakhiran..Aku mintak jauh..Aku berlindung dengan Allah swt Yang maha Berkuasa..

Sebelum pape, harus diingat! Niat nesti diluruskan..Apa tujuan menuntut ilmu? Yg pasti ianya kewajipan aku menuntut ilmu..Bukannya demi segulung2 sijil, yg bergulung2 dlipat,tertera keprofesionalan pada sekeping kertas..Bukannya demi memenuhi nafsu ketamakan pada istilah kekayaan..Tetapi..Semestinya begini...Demi Islam..Ya..Untuk mencari dan berjuang untuk dapatkan keredhaan Allah swt..Agar dapat sumbangkan untuk Islam..Kalu dpt rezeki keje gaji mahal, duit 2 sumbgkan utk Islam bukannya utk kpentingan diri semata, coz apa2 yg ada kat kita milik Allah semuanya..Tuntut ilmu agar tak tersesat jalan..Supaya jalan yg lurus jadi pilihan..Supaya dapat pikirkan mana yg salah mana yang betul..Apa tujuan hidup..

Hakikatnya, hidup dan matinya manusia ialah kerana Allah..

Namun ada yg tak tahu, cthnya non-muslim, masih tercari2 apa tujuan hidupnya, nak duit banyak ke, nak glamour ke, nak cantik or hensem ke, atau hidup untuk makan and minum aje? Pastu mati? Ari tu, Ustaz Abdul Rahman, salah seorang lecturer UIAM, Gombak, ajar sbjk master, Islamic Criminal Law, tanya aku dalam kelas, knp kita mesti percaya ttg hari kiamat? Ttg hari pembalasan.. Ustaz ckp jgn jawab disebabkan ia adalah salah satu rukun iman, itu memang la sume org tahu,hehe.. Persoalannya, dari segi rasionalnya, mengapa kita mesti percaya?Mengapa?? Hehe..Aku xdpt jawab, kekeringan idea time 2, aku mampu senyum je, sambil2 tengok wajah kawan2 yg disayangi, hehe..K.Nabila and K.Hani bg pendpat diorg, Alhamdulillah, betul jawapannya..Slah satunya, untuk menggalakkan kita buat amal baik coz kita tau nanti stiap perbuatan kita akan dihisab, dosa dibalas azab, baik dibalas nikmat…Satu lg yg Ustaz sendiri bagtau jawapannya, adalah kerana keadilan..Kat dunia keadilan tak tercapai, tp kat akhrat, keadilanlah yang dijulangkan..Betapa ramai penjenayah yg xdpt dikesan kan? Pembunuh ke, perompak ke, pencuri, pengutip rasuah sambil tersenyum dan goyang2kan kaki? Berapa ramai yg x amanah...Namun, keadilan akan tetap berlaku..Sesungguhnya akhirat adalah hari pengadilan, hari pembalasan bagi setiap perbuatan manusia..

Kembali point asal..Ok..Tp kan ada gak yg muslim pd nama, tp xtau apa2 pasal Islam, coz hanya ikut agama parents…Ada jgk yg tahu tp bt2 x tahu, lebih seronok dengan nikmat dunia yg sementara, di kalangnnya ada yg non-muslim(tahu Islam agama btul tp xnk ikut, besenya org2 yg educated, bt kajian, tp still xnk ngaku Islam agama betul, mknanya xdpt hidyh la tu) dan muslim yg tertipu dgn nikmat dunia, aku berlindung dengan Allah swt, mtk jauh drpd kelalaian ini…

Seharusnya, beginilah pegangannya “Mahu jadi hebat kerana Allah!!” “Hebat keranaMu”…Iya..Ble hebat di bawah landasan yang betul pasti akan unggulkan Islam, dengan syarat mempunyai pemahaman yang jelas dan benar dan dijelmakan pada perbuatan….Alangkah bahagianya orang2 yg mencintaiNya! Sama2 berusaha yuk!!!

Drpd persolan gimana harus kumulakan, tertumbuhnya isu2 lain menjadi rantaian..Beginilah fikiran…Dari segenap perkara tak terkesudah, setiap pelosok dunia cuba dijelajah…

Emm…Kesimpulannya, harus dimulakan dengan niat yg suci, bersih drpd niat yg x syarak, mulai kerja dengan nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, cari sumber rujukan, jumpa lecturer untuk panduan, baca, perhati, pikir dan renungkan, usah gopoh, mintak pertolongan drpdNya, then usahakan yg terbaik..Sesungguhnya Allah swt sukakan org yg bekerja dgn tekun..Last sekali berserah kepadaNya..Smga hasilnya memuaskan…

OK!Berhenti di sini la..Perjuangan mesti diteruskan!=)

No comments:

Post a Comment