Friday, June 5, 2009

Al-Kisah

“Ooooooo....Dah tua-tua macam ni baru nak belaja mengaji..dulu masa muda-muda dulu tak nak belaja..Sudah la tak pandai, laju pulak ko baca ye..hai...aku nak tegur pun tak sempat..yang tua lebih teruk daripada yang muda..ko yang tua ni, patutnya dengar tok guru mengajar..ni mesti lidah dah keras nie..ikut aku baca. Jangan memandai, ko tu tak pandai!”

Mariah menelan liur. Bebelan Ustazah Kalsom yang separuh umur itu datang berulang-ulang. Terasa maruahnya tercabar, apatah lagi dia seorang arkitek yang berjaya. Selama ini, dia sudah lali memaki hamun pekerja-pekerjanya. Hari ini tanpa diduga tiba gilirannya menadah telinga leteran seorang ustazah tua.

“Huh! Hari pertama belajar mengaji dah kena marah!” bentak Mariah. Masih terbayang-bayang lagi yang dia hanya menundukkan kepalanya sepanjang belajar mengaji petang tadi. Dia tidak berani bertentang mata dengan Ustazah Kalsom.

“Ha Mariah! Kat rumah jangan lupa mengulang. Ingat aku ajar tadi. Bacaan tajwid ko tu teruk sangaaaat..Lusa aku nak dengar ko baca surah Al-Humazah..Pahamm???” Mariah menggaru kepalanya yang tak gatal. Duduknya serba tak kena. Lusa dia akan berjumpa dengan Ustazah Kalsom lagi. Jantungya terasa kecut.

“Ahh..Apa susah! Aku bertekad tak nak belajar dah dengan ko Kalsom!” Mariah buat keputusan.

Sedikit Renungan (n_n)

Begitulah manusia..Bila dah berada di tempat tinggi, tak pedulikan perasaan orang, rasa nak marah, marah je, ye la dah kita ni bos kan, tak pun berjawatan tinggi..orang bawahan kena dengar je..Macam Mariah, selalunya dia yg marah orang, buat orang macam tak de perasaan,takde maruah,tp time dia kena marah tahu pulak tak keruan, malu ada, sedih ada, geram pun ada..Time dia marah orang tak pe,orang marah dia tak boleh la pulak, siap nak berenti mengaji plak..Pikir2kanlah..Ustazah Kalsom tu banyak betul yang dia cakap, kenapa muda2 dulu tak nak belajar, dahla tak pandai laju pulak baca, lagipun belajar mengaji merupakan kewajipan, lagi2 kewajipan kepada Allah, lagilah memang patut kena marah...Tp ye la kan, nak marah pun kenala berpada, jaga hati dan perasaan orang, kalu tak,nanti lari la orang..Sama juga nak nasihat orang, kenala ada cara, baru lembut hati orang nak dinasihatkan tu..Hehehe..Patutnya Mariah ambil pengajaran, begitulah perasaan orang yang dimarahinya..Itulah, Allah akan balas balik perbuatan kita, baik dibalas baik, buruk dibalas buruk..Pengajaran buat diri dan kawan2, kita kenala jaga hati sesama kita, berakhlaq baikla, kita nak orang buat baik kat kita sepertimana orang lain nak kita buat baik kat dia..Sesungguhnya Nabi Muhammad saw diutuskan untuk menyempurnakan akhlaq mulia..Jom sama2 berusaha ke arah insan yang lebih baik!

Sama2la ingatkan ye..Diri ini terlalu byk kekurangan..Sentiasa perlukan teguran....

Thursday, June 4, 2009

Sedikit petikan doa-doa dalam Al-Quranul Karim

1) Doa Nabi Sulaiman as tatkala mendengar perkataan seekor semut, An-Naml, 19,

“Ya Tuhanku berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh."

2) Allah menenggelamkan orang2 kafir yg mengingkari ajaran Nabi Nuh as termasuklah anaknya yg kafir bernama Qan'an. Nabi Nuh as memohon kpd Allah supaya melindungi anaknya itu.

Dalam surah Hud, 46-47,

Dia (Allah) berfirman" Wahai Nuh! Sesungguhnya dia bukanlah termasuk keluargamu, kerana perbuatannya sungguh tidak baik,sebab itu jangan engkau memohon kepadaKu sesuatu yang tidak engkau ketahui (hakikatnya).Aku menasihatimu agar (engkau) tiak termasuk orang yang bodoh"

Dan Nabi Nuh as berkata “Ya Tuhanku, sesungguhnya aku berlindung kepada Engkau dari memohon kepada Engkau sesuatu yang aku tiada mengetahui (hakikat)nya. Dan sekiranya Engkau tidak memberi ampun kepadaku, dan (tidak) menaruh belas kasihan kepadaku, niscaya aku akan termasuk orang-orang yang merugi."

3) Doa ahli-ahli sihir, As-Syuaraa,46-51, yang lantas beriman tatkala tongkat (ular) Nabi Musa as menelan benda-benda palsu (ular) yang mereka ada-adakan, mereka jatuh tersungkur sujud kepada Allah swt sambil berkata:

"Kami beriman kepada Tuhan semesta alam, (yaitu) Tuhan Musa dan Harun."

Fir’aun ingin memotong tangan dan kaki mereka secara bersilang dan menyalib mereka, lalu mereka berkata:

“"Tidak ada kemudharatan (bagi kami); sesungguhnya kami akan kembali kepada Tuhan kami, sesungguhnya kami amat menginginkan bahwa Tuhan kami akan mengampuni kesalahan kami, karena kami adalah orang-orang yang pertama-tama beriman."

Kedudukan tempat imam wanita

Kedudukannya sama sahaja seperti ma’mumnya..Iaitu imam wanita itu berdiri di line yang sama dengan ma’mum..Bukannya lebih tinggi safnya daripada ma’mum..
Dalil-dalilnya:

1) أَنَّ عَائِشَةَ أَمـــَّتْهُنَّ وَقَامَتْ بــــَيْنـــَهُنَّ فِيْ صَلاَةٍ مَكْتُوْبــــَة

“Bahawasanya Aisyah pernah mengimami wanita-wanita pada salah satu shalat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka” (HR. Daraquthni) Diriwayatkan daripada Ummu Salamah r.a.

2) أَنـــَّــهَا أَمَّتْهُنَّ فَقَامَتْ وَسَطًا

“Bahwasanya beliau (Ummu Salamah, istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)” (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi)

Sangkaanku

Sangkaku,

Kusangkakan Fatimah penyombong,
Rupa-rupanya dia sakit gigi,

Kusangkakan Sami’ah pemarah,
Rupa-rupanya memang gayanya macam tu,

Kusangkakan Maria bodoh,
Rupa-rupanya diam-diam ubi berisi,
Katanya ilmu datang daripada Tuhan,

Kusangkakan Zamri sukakanku,
Rupa-rupanya dia tersenyum melihatkan kasutku yang koyak,

Kusangkakan Munirah pemalas,
Rupa-rupanya dia keracunan makanan,
Dikejarkan ke hospital,

Kusangkakan si Naufal faqir miskin,
Rupa-rupanya dia kaya akhlaq,
Kaya dengan cahaya Ilahi,

Kusangkakan si Comel lapar,
Aiseyman..Memang betul pun dia lapar,

Ah! Dalam banyak sangkaanku,
Hanya satu yang betul,
Lebih baik kutinggalkan sangkaan,
Silap sangkaan,
Tak pasal dapat dosa,
Memberatkan neraca bagi golongan kiri,
Kumintak jauh,
Andai tak tahan sangat nak bersangkaan,
Bersangka baiklah!
Itulah sebaik-baik sangkaan..
Ohh..Kau Pergilah Sangkaanku…

Azamku

Sekilas kumenoleh sejarah silam,
Bayangan terhenti di situ,
Lakaran suka duka khazanah memori,
Aku berlalu detik demi detik,
Saat pantas putaran waktu aku terleka,
Rupa-rupanya aku kerugian zaman..

Menyingkap labuh tirai pentas dunia,
Getir, kabus,kelam,kusam,debu-debu berterbangan,
Kental hati bukan dongengan,
Persada juang bukan mainan bayangan,
Bermandikan perit bukannya alam khayalan..
Itulah realiti putaran alam..

Hakikat analisisku,
Kegagalan bukan selama-lamanya,
Kemenangan bukanlah segala-galanya,
Namun azamku kian membara,
Erti hidup mengajarku kasih sayang,
Realiti mendesakku berjuang,
Hembusan niat diluruskan,
Sebagai khalifah di muka bumi..
Tegarku meredah rimba buas keduniaan..

Aku tercipta demi menyembah Yang Esa,
Aku bernyawa untuk menjulang agamaNya,
Aku berjuang untuk menegakkan kebenaran kalimah Al-Quddus,
Aku menentang kuffar la’natullah demi mengagungkan nama Rabbul ‘alamiin,
Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang..

Seringkali aku jatuh tersadung,
Di lembah kehinaan,
Pantas kugagahi merangkak menuju pintu cahaya,
Pedihnya hati tatkala langkahku lambat..
Oh Tuhan..Hulurkanlah bantuanMu,
Pancarkanlah sinar cahaya ilahiMu..

Perjuanganku berputik.
Makin mekar mewangi,
Saatku menyelami tujuan penciptaanku,
Walau badai gila melanda,
Andai ribut bengis memukul,
Kiranya ombak ghairah menghempap,
Aku berazam..
Diriku harus teguh bagaikan karang di dasar lautan,
Jiwaku utuh bagaikan si rerumput di sebalik lambaiannya yang lembut,
Rebahku kan kubangun semula bagaikan si anak kecil bertatih..
Lubuk hatiku..
Aku sujud merayu padaMu Ya Rabb..
Limpahkanlah rahmat dan ampunanMu kepada hambaMu yang tidak jemu meminta..
Hanya padaMu kupohon Ya Rabbi..

Jom seminit refresh our knowledge pasal tauhid ar-Rububiyyah dan tauhid al-Uluhiyyah!

(1) Tauhid ar-Rububiyyah
Beri’tiqad bahawa Allah SWT bersifat Esa, Pencipta, Pemelihara dan Tuan sekelian alam.Antara pengertian lanjut kalimah Rabb ialah:
1. As-Sayyid (Tuan)
2. Al-Malik (Yang Memiliki)
3. Pencipta
4. Penguasa
5. Pendidik
6. Pengasuh
7. Penjaga
8. Penguatkuasa.

(2) Tauhid al-Uluhiyyah
Maksud Tauhid al-Uluhiyyah ialah kita mentauhidkan Allah dalam peribadatan atau persembahan. Iaitu menjadikan Allah SWT sahaja sebagai sembahan yang sentiasa dipatuhi.Allah SWT mengutuskan para rasul bertujuan menyeru manusia menerima Tauhid al-Uluhiyyah.

Monday, June 1, 2009

Bisikanku...

Mengadulah kepada Allah..Rintihlah padaNya..Kau akan menemui sinar cahaya tak kan padam..Bibirmu bisa lakarkan senyuman..Matamu setia alirkan manik-manik keinsafan..Sungguh cintaNya tidak mengecewakan..Segala pujian hanya untukMu,Tuhan sekalian alam..